i. Format dokumen yang sesuai ( Compatible File Format )
* Aplikasi pemprosesan kata, hamparan kerja ( spreadsheet ) dan persembahan ( presentation ) juga boleh diperolehi melalui pengkomputeran awan. Contohnya Google Docs.
ii. Meningkatkan prestasi dan kemampuan komputer
* Prestasi dan kemampuan komputer akan dapat dipertingkatkan apabila penggunaan pengkomputeran ini digunakan secara maksimum.
iii. Kebolehcapaian fail yang meluas
* Pengkomputeran awan membolehkan sistem dicapai tidak mengira masa, lokasi dan peranti selagi pengguna mempunyai capaian internet.
iv. Kebolehpercayaan data penyimpanan
* Data penyimpanan disimpan di ruang 'awan'.
* Boleh juga digunakan untuk mem'backup' data-data penting. Satu di komputer dan satu lagi di awan.
* Website menggunakan secured connection https.
v. Ruang storan yang tiada had
* Pengguna atau syarikat boleh menyimpan sebanyak mana data/maklumat di ruang storan yang tiada had.
vi. Mengurangkan kos
* Bagi syarikat, kos pengurusan akan dapat dijimatkan dari segi perkongsian sumber yang boleh dibuat dikalangan staf atau pengguna-pengguna lain.
* Tidak perlu membeli perkakasan atau server, aplikasi dan melatih pekerja untuk menguruskan server dan aplikasi tersebut.
* Pengguna juga tidak perlu untuk membayar pembelian atau penyelenggaraan perisian.
* Kos bergantung kepada berapa banyak pemakaian dan perjanjian kontrak.
* Dapat menjimatkan kertas, masa dan tenaga.
* Kos juga dapat dijimatkan kerana tidak memerlukan kos penyelenggaraan perisian dan perkakasan.
vii. Kolaborasi berkumpulan yang lebih mudah
* Fail atau dokumen juga boleh dikongsi dengan tanpa had bilangan pengguna.
* Kemampuan sharing PC to PC audio dan video.
viii. Sistem pengurusan dan operasi yang lebih mudah
* Data maklumat peribadi atau syarikat dapat disimpan, dipantau dan diatur dengan lebih mudah.
Kelemahan Pengkomputeran Awan
i. Keperluan Internet
* Untuk menggunakan sistem pengkomputeran awan, selain perkakasan pengguna juga memerlukan capaian internet. Masalah akan timbul jika tiada capaian internet atau kurang stabil.
* Sekiranya sistem talian internet terganggu atau bermasalah, capaian data turut terganggu. Seterusnya mengganggu aktiviti harian pengguna atau syarikat.
ii. Keselamatan
* Masih tidak dapat dipastikan tahap keselamatan penggunaan pengkomputeran awan ini.
* Walaupun mempunyai katalaluan, ia boleh dipecah masuk oleh penggodam yang berkemahiran.
iii. Ketidakpastian keadaan pelayan ( server )
* Oleh kerana pelayan di awan, masih terdapat ketidakpastian keadaan pelayan pengkomputeran awan.
* Antara kemungkinan yang boleh terjadi ialah server down atau terlebih beban ( overload ).
No comments:
Post a Comment